Tuesday, December 20, 2011

Bicara Golden Zero + DiLema dividen ASB 2012..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

Diharapkan semua pelabur dan bakal-bakal pelabur dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Seperti biasa dividen bulanan pada 15hb lalu telah diperolehi dengan kebanyakan ahli telah menukarnya kepada tunai bagi membolehkan mereka membeli emas. Harga sekitar RM190-RM195 segram bagi Suisse Gold 999.9 amat menarik dan ini menyebabkan para pelabur Golden Garden Group termasuk Mr.Founder n family turut sama menambah koleksi emas 999.9 sebagai simpanan masa hadapan..

~ hantaran kahwin untuk bakal isteri yang entah di mana .. tapi dinar emas pun cun cuma tak sempat nak g Kelantan beli.. :( ~

Menjelang berakhirnya 2011 di mana harga 1 lot masih lagi RM1800.00 , kemasukan pelabur baru juga meningkat. Alhamdulillah . Peluang yang ada , rezeki yang menanti inilah yang menyemarakkan lagi semangat Golden Garden Group.

Tuah juga menyebelahi pelabur-pelabur baru kerana dengan harga emas dunia di tahap USD50 – USD51 menyebabkan mereka memperolehi keuntungan berganda hasil “gold trading” . Faktor inilah juga yang mempengaruhi pelabur-pelabur lama untuk menambah lot mereka.

~ ini untuk jual beli bila harga naik , tapi tak nak jual pun bagus ~

Justeru jika berminat usah ditunggu 2012 bila saham syarikat meningkat naik menjelang IPO menyebabkan harga selot juga akan meningkat. Inilah masanya. Hubungi Golden Zero di talian 013-3958087 atau mana-mana “advisor” dan “consultant” Golden Garden Group di sebelah.

DiLemma Zero : Dividen Bulanan vs Dividen ASB..

Menjelang pembahagian dividen ASB yang dikhabarkan pada nilai 6% adalah satu perkara yang baik. Namun dari segi nilai dividen yang bakal Zero perolehi 8.8% x 30000 = RM2640 je.. itu kalau 8.8% , kalau kurang dari 8.8% maka lagi la sikit kan.. (Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011..)..

Berbeza dengan dividen bulanan 11 lot Zero yang berkadaran minima USD550 sebulan maka inilah dilemanya.. Mahu dikeluarkan ASB itu maka sebenarnya Zero berasakan sudah cukup duit hasil pelaburan 11 lot di samping “gold trading” dan bonus-bonus..

Tapi itulah .. mungkin jalannya pindahkan sikit duit ASB itu ke akaun Tabung Haji kan..

Ape pun kita tunggu je dividen ASB masuk akaun 3 Januari 2012 dulu , baru Zero wat keputusan sambil tunggu Cabutan Khas Disember Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN ..

~ jika ada rakan2 yang mahu ajak Zero berkongsi modal untuk mulakan biznes yang guna lot2 kedai macam butik ke restoran sile contact me & kita leh bincang sama2 .. ~

~ i hope she hear me ♥~


... Zero want Dr.S to treat me when she finish her study at UPM ♥...

From Consultant to Regional Advisor : Mr. Arman Karim..


Golden Garden Consultancy telah mengadakan lantikan dalaman dengan mengesahkan kenaikan pangkat Encik Mohd Arman bin Abdul Karim sebagai “Regional Advisor” bagi menguruskan kemasukan pelabur baru dan penambahan lot-lot pelabur lama setelah unjuran kasar menunjukkan kepantasan pelaburan baru di atas kesedaran pelaburan emas menggunakan dividen bulanan yang semakin meningkat.



Semoga Encik Arman akan lebih berjaya dan berbahagia menjelang hari perkahwinan beliau.

(boleh hubungi beliau atau Golden Zero untuk maklumat lanjut pelaburan Golden Garden)..

Saturday, October 08, 2011

PeLaburan di ECMC : Jawapan segala persoalan oleh Golden Zero..


OriginaL Stories by : Mohd Azirul


Yezza bertemu Lagi.. pada entry kaLi ini saya akan memberitahu berkenaan semua yang anda ingin ketahui dengan konsep peLaburan ini yang mempunyai persamaaan dengan ASB cuma ASB dividennya SETAHUN SEKALI tapi di ECMC dividennya SEBULAN SEKALI.. Alhamdulillah..

Konsepnya mudah : Investment -> kita mula melabur dengan minima 1 lot yang bernilai RM1800 untuk satu lot.

Dengan setiap satu lot kita akan mendapat DIVIDEN BULANAN (nilaian harga semasa segram emas) BERDASARKAN LOT YANG DILABURKAN PADA SETIAP 15HB SETIAP BULAN..

Jika anda melabur 1 lot maka anda akan mendapat dividen 1g nilai emas setiap bulan..

Jika anda melabur 2 lot maka anda akan mendapat dividen 2g nilai emas setiap bulan..

Jika anda melabur 10 lot maka anda akan mendapat dividen 10g nilai emas setiap bulan..

DENGAN DIVIDEN INI ANDA JUGA BOLEH MENUKARNYA DENGAN MENGAMBIL “PHYSICAL GOLD” DENGAN BERAT 5G @ 10G @ 20G @ 50G @ 100G MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA...

Sebaik sahaja anda mula melabur maka yang pasti anda akan mendapat dividen itu setiap bulan..

Namun sebagai pelabur di East Cape Corporation anda akan diberi satu akaun di web www.ecmc-corp.com untuk melakukan “gold trading” secara online. “Gold Trading” ini adalah tawaran bonus kepada pelabur untuk mendapatkan keuntungan harian sepertimana yang berlaku kepada ahli-ahli Golden Garden Group ini.

Untuk satu lot RM1800 anda akan mendapat modal di akaun sebanyak 960USD dimana modal ini akan anda gunakan untuk menjual beli emas secara online. Ia bukan melibatkan emas fizikal tetapi melibatkan keuntungan kerana kita membeli pada harga rendah dan menjual apabila harga naik.

Contoh Trading : Nilai emas pada jam 10pagi hari ini adalah 51USD segram maka dengan 960USD yang ada kita membeli sebanyak 10g emas itu.

(51USD x 10gram = 510USD) . Maka modal kita akan berkurangan dari 960USD kepada 450USD (960-510).

Pada jam 1 petang hari ini emas naik kepada 52USD segram maka kita boleh menjual emas itu kerana keuntungan sudah diperolehi kerana nilai emas yang dibeli sudah menjadi 520USD untuk 10 gram.

Maka kita akan mendapat keuntungan dengan cara berikut :

520USD (harga emas sekarang) 510USD (harga beli) = 10USD (keuntungan).

Keuntungan 10USD itu akan masuk ke akaun kita manakala 510USD tadi akan masuk kembali ke akaun modal untuk kita membeli emas apabila harga turun.

Urusniaga ini boleh dilakukan sebanyak mungkin dalam sehari dari Isnin sehingga Jumaat kerana urusniaga web akan ditutup setiap Sabtu dan Ahad mengikut waktu urusniaga Bursa Saham New York.

YANG PENTING DI SINI , ANDALAH YANG MENGAWAL JUAL BELI EMAS ANDA TANPA KAWALAN ORANG LAIN.

GOLDEN GARDEN GROUP PULA HANYA MENOLONG ANDA MENDAFTAR DAN KONSULTAN-KONSULTAN GOLDEN GARDEN GROUP AKAN MEMBANTU ANDA MENGUASAI URUSNIAGA YANG SUNGGUH MUDAH INI.

NAMUN JANGAN RISAU JIKA KITA TERLALU SIBUK MAKA AKAUN “GOLD TRADING” TIDAK AKAN MENGGANGGU APA-APA CUMA ADALAH RUGI JIKA TIDAK MENGGUNAKANNYA KERANA ITU ADALAH BONUS SEMASA KITA MENUNGGU DIVIDEN SETIAP 15HB.

SO JIKA ANDA ADA MODAL RIBU2 MAKA HUBUNGI MR.AZIRUL DI TALIAN 013-3958087 ATAU email di alamat ; alessandro_zero182@hotmail.com.

Jika ada konsultan Golden Garden Group yang tidak sibuk dengan kerjaya sebagai kaunselor , jurutera minyak , businessman , guru , pegawai telekomunikasi , ustazah dan jurutera mekanikal maka kami akan membantu anda untuk mula melabur dan merasai “pembiakan duit” secara bulanan dan bukannya tahunan.

InsyaAllah , nasib seseorang hanya mampu diubah oleh orang itu sendiri. Rezeki emas ini diciptakan untuk dikongsi..

Zero : Mencari , Mengkaji dan akhirnya Kutemuinya…

Assalamualaikum n seLamat sejahtera..

Kali ini Zero akan berkongsikan bagaimana saya bermula dalam pelaburan dengan East Cape Corporation ini.

Semua orang tahu bahawa harga emas adalah konsisten. Tidak seperti nilai RM 10, 000 hari ini yang tidak akan sama dengan RM10,000 tahun 2021 dari segi nilai jualan kerana susut harga yang telah berlaku sejak dahulu lagi. Contoh paling mudah jika dahulu nasi lemak hanya 50 sen sekarang 50 sen adalah nilai sebelah telur rebus dalam nasi lemak itu sahaja.

Tapi nilai emas tetap sama dari segi nilai dan harganya hanya semakin bertambah hari ke hari. Justeru saranan Tuan Guru Nik Aziz sejak dulu lagi mengenai simpanan emas sememangnya menggamit hati ini tapi manalah ada masa nak melabur ni kan sementelah lagi menumpukan perhatian dalam perjalanan mencapai ijazah kelas pertama..

Alhamdulillah apa yang diimpikan tercapai dan pelbagai insetif kewangan pula diperolehi dari kerajaan mahupun family .. Ok takpa wang yang dapat Zero simpan dulu di samping menunggu tawaran kerja sebagai seorang Kaunselor yang sudah lama diimpikan (ok kisah pemilihan kerjaya saya boleh anda ikuti di salah satu entry di blog peribadi saya ; kLik je siNi .. )

Akhirnya setelah menunggu , Zero telah bergelar seorang kaunselor di Sarawak dengan kerinduan pada kampung di Kuala Terengganu sentiasa menggamit memori. Pendapatan tetap sudah diperolehi dan wang simpanan juga semakin bertambah.

Namun bulan ke bulan Zero melihat RM 40,000 dalam itu hanya bertambah akibat simpanan gaji dan menunggu dividen setahun pun hanya dapat 8.7% pada tahun lepas. Setahun menyimpan hanya dapat RM3480 je dividen. Ehehe Zero bersyukur namun Zero berusaha mencari pelaburan yang mampu menjana sesuatu.

OK .. ZERO BUKANLAH SEORANG YANG MEMINATI PERNIAGAAN APATAH SELAKU SEORANG KAUNSELOR YANG TELAH MELALUI PELBAGAI UJIAN PERSONALITI SEMEMANGNYA DARI SEGI KERJAYA SAYA ADALAH MENGUASAI “SOCIAL” DAN BUKANNYA “ENTERPRISING” YANG DIMILIKI SEORANG BUSINESSMAN.

Bermulanya pelaburan ini adalah dengan mencari pelaburan-pelaburan yang boleh disertai. Zero membaca e-book , berhubung dengan agen2 yang menawarkan pelaburan dan turut melihat perjalanan sesebuah perniagaan itu. Pernah hati ini tertarik dengan satu pelaburan internet di Facebook yang memerlukan Zero hanya mendaftar dengan hanya RM100. Namun setelah melihat pada namanya pun dah terpampang “Downline” terus Zero men”unfriend” kakak yang ajak masuk tu.Miahaha. ADA KE MODAL RM100 PASTU NAK TAMBAH PENDAPATAN BAGAI2 KAN. YANG PENTING KALO DAH NAME DOWNLINE MESTILA KENE CARI ORANG. LAHAI.. SO ZERO TERUS MENCARI UNTUK MELABURKAN SIMPANAN INI KE DALAM SATU AKAUN YANG SELAMAT DAN DIPERCAYAI.

Saban hari Zero melihat Facebook abang sepupunya dengan status “usd80 masuk” , “dapat 120usd sebelum tido” dan juga “emas pelaburan menguntungkan”. Wahhh , rupa2nya abang sepupu Zero iaitu , Abang Rom yang dah ada semua pun main emas. Justeru apa lagi Zero terus berhubung dan bertanya sambil memahami apa yang dilakukan oleh Bang Rom ini.

Gold Investmesnt n Trading.. Inilah yang diperkenalkan oleh Abang Rom kepada Zero..

Dan kini Alhamdulillah , setelah mula melabur kini setiap bulan Zero mendapat dividen 450USD di samping “gold trading” yang melebihi 250USD sebulan dengan pelaburan 8 lot…

Golden Garden : An ECMC Group of Investors

Golden Garden Group bukanlah satu kumpulan perniagaan kerana keuntungan yang diperolehi tidak akan dikongsi disebabkan setiap pelabur mempunyai akaun “trading” masing-masing dengan kata laluan yang hanya diketahui oleh pemilik akaun.

Yang akan dikongsi hanyalah “Bonus” yang menanti setiap ahli kumpulan apabila tiba masanya. Bonus tu Bonus la kan.. Dapat kita suka coz nama pun Bonus macam yang akan kakitangan kerajaan dapat bulan 12 ni.. :)

Tujuan utama penubuhan kumpulan penasihat ini adalah untuk membantu pelabur-pelabur baru memahami apa yang ditawarkan oleh pelaburan “gold trading” yang didaftarkan dengan syarikat perlombongan emas , East Cape Mining Corporation.

Setelah itu kita akan sama-sama membincangkan bilakah masa sesuai untuk membeli dan menjual emas yang kita beli secara online. Golden Garden Group juga satu kumpulan santai di mana kita semua berkawan dan membincangkan pelbagai isu semasa menunggu harga emas turun atau naik.

Satu persamaan lain yang utama dalam Golden Garden Group ini adalah mereka semua mengenali “founder” Group ini.

Prinsip Golden Garden Group adalah memberi panduan untuk bermula bagi mereka yang mempunyai duit simpanan RIBU2 dan mahu melihat duit mereka itu mendapat dividen setiap bulan.

Semua ini dilakukan hanya kerana mahu melabur duit yang ada seperti mana yang dilakukan oleh Golden Zero yang bukannya mahu berniaga.Cuma mahu menambah pendapatan yang dikawal oleh diri sendiri.

Oleh itu jika kawan2 atau anda mahu menyertai pelaburan ini sila hubungi saya ok. N bila saya FREE saya akan bagitaw anda berkenaan “Gold Trading” ini. Namun jika saya sibuk maka anda boleh pilih mana-mana rakan konsultan dalam Golden Garden Group ini.

Jika anda rasa ini yang anda cari maka inilah jalannya…InsyaAllah.